May 10, 2013

Semester Paling Mencabar.:/

Alhamdulillah. Selesai semester ni dalam satu hari. Arghh semester ni pun sama macam semester lepas. Tapi kali ni special siket sebab saya pergi kelas masa tengah sarat, kemudian cuti tiga minggu dari pergi kelas sebab berpantang, kemudian pergi kelas balik. Dalam sekelip mata, tadi dah habis dah untuk semester ni.

Selain special yang tu, special sebab kali ni study sambil bf baby. Kalau sem lepas study dengan baby menendang dalam perut. Sem ni study dengan baby atas perut. Baby kan manja betul. Kalau tidur kat kita, lama betul dia tidur. Sekali dah bf, sambil tutup mata dia hisap je. So biar jelah dia hisap sambil kita study. Bila menulis, bergoyang goyang kepala dia pastu dia balik yang marah. Hahaha.

Hmm hmmm tapi susah lah exam kali ni. Haih stress stress. Yang pasti mungkin pointer jatuh. Harap harap tak banyak. Nak habis dah ni. Taknaklah jatuh banyak banyak.:(

Takpelah kalau ada rezeki, ada lah.

Yang pasti, semester ni akan terpahat dalam memori sampai bila bila. Terlalu banyak benda berlaku dalam sekelip mata. Cepatnya masa berlalu.

Kadang kadang terduduk dan fikir, banyak nya benda tak ubah lagi sedangkan masa dah berlari tinggalkan saya.

Hmm hmm. Semoga sempat semuanya. Amin.

My boys.:)

May 5, 2013

Ini Aaqil Lah!

Pagi ni pergi mengundi dengan Pak. Tengah nak cari parking, Terserempak dengan seorang calon dari Parti X.

Calon X : Li, jangan lupa ya li, pangkah X. Eh ni siapa?adik ke?

Pak : Taklah, anak

Calon X : Ha boleh buat menantu la ni.

Pak : dah kahwin dah.

Calon X : Allah!! Melepass

Orang kuat Calon X : aduh, melepas kau Li.

Pak : speechless

Dan saya pun speechless.

Apa pun saya dah selesai mengundi hari ni dan tak sabar nak tau keputusan 9 malam ni.

P/s : masuk ni dah dua yb nak iols jadi menantu. -____-



May 4, 2013

Termenung

Pada suatu hari, seorang lelaki dikejar harimau. Lelaki itu terus berlari dan berlari sehingga tiba tiba dia terjatuh di dalam sebuah perigi. Dia sempat berpaut pada tali panjang. Lelaki itu melihat ke bawah. Ada dua ekor buaya sedang menanti. Fuh. Dia terus berpaut memegang tali tersebut. Tiba tiba muncul seekor tikus putih dan menggigit tali tersebut. Aduh. Muncul pula tikus hitam menggigit sama. Lelaki tersebut benar benar dalam situasi yang menyesakkan. Harimau mengejar di luar perigi. Di bawah, dua ekor buaya menanti. Dua ekor tikus menggigit tali.

Tiba tiba terbang seekor lebah. Lalu setitik madu tertitis di mulut lelaki tersebut. Ermmm sedapnya. Kerana terlalu asyik dengan kesedapan madu, lelaki tersebut terlupa akan situasinya.

Begitulah kita manusia. Harimau diibaratkan seperti kematian yang sedang mengejar kita. Dua ekor buaya diibaratkan seperti dua malaikat yang menunggu kita di kubur. Tikus putih dan hitam ialah siang dan malam yang menjamah usia kita. Madu lebah ibarat kesenangan di dunia. Kita mudah lupa kepada kematian yang mengejar dan siang dan malam yang berlalu pergi menjamah usia kita apabila kita beroleh kesenangan yang sementara.

Hmmm peringatan yang baik untuk diri saya sendiri. Selalu lalai. Semalam Lah balik, Lah cerita kisah ni.

Termenung seketika.

May 3, 2013

Chocolate Mousse Le Mommy Azeera.:P

Memandangkan hari hari kat rumah tengok tv jeee. study nya tak pun padahal sekarang study week. next week ada dua paper. hancur dua paper tu hancurlah result semester ni sebab sem ni amek 3 subjek je. Yang subjek lagi satu tu buat biography. Haaa bukan taknak share tapi malu lah. Tak cantik pun. Kita tak kreatif.:/

Cerita pasal tv. Dua benda yang tak boleh miss ialah Drama Dahlia dan Masterchef Selebriti. Kalau takde pun, tengok ulangan. Tengok hari hari sampai timbul perasaan dengki. Bestnya dieorang ni pandai masak. Cantik cantik pulak tu. Teringin jugak nak masak macam tu. Dannnnnnn taraaaaaaa saya berjaya buat Chocolate Mousse dan rasanya not bad lah. Hehehe. Senang pulak tu nak buat.

Oklah bye.:P

P/s : fatin kata dia penonton tegar Masterchef tapi tak tegarlah kalau tak masak ala2 masterchef.:P



April 30, 2013

Cerita Indah.:)

Tau tak tau tak. Mula mula saya ingat saya tak dijemput untuk majlis ni. Saya ingat sesetengah orang je yang pergi dan mungkin bukan rezeki saya untuk join majlis kali ni. Hehehe. Rupanya itu semua salah faham. Setiap lecturer dan diasingkan dia kena panggil student mana rupanya dan lecturer yang patut contact saya belum contact lagi masa tu. Dann akhirnya saya dijemput untuk ke Majlis tersebut. Temanya traditional. Memandangkan badan belum nak kurus dan raya belum lagi. Pakai je baju raya tahun 2009. Dengan mood keletihan, drive seorang diri ke Shah Alam.

Dalam dewan duduk terpisah dengan orang lain sebab nama kan mula huruf A. Satu persatu naik pentas ambil plak dan sijil. Belek tentative program, akhir nanti ada Outstanding Acievement Award. Bertuah betul siapa yang dapat. Memang tak mungkin saya dapat sebab saya dah tak outstanding untuk degree ni. Lagi ramai yang lagi tinggi. Saya sekadar pointer DL setiap semester.

Tengah leka berborak, tiba tiba nama kena panggil. Gigil lutut jugak terperanjat lagi. Hahah. Rupanya penerima anugerah tersebut ialah penerima Anugerah Dekan untuk tiga kali berturut turut. kalau tak salah. Syukur alhamdulillah. Walaupun saya bukan yang terbaik tapi saya masih lagi dikalangan yang terbaik.:)

Bukan senang nak dapatkah pointer 3.83 untuk degree ni. Dengan pregnant lagi. Memang memcabar. Kalau boleh, masa masters nanti, saya taknak pregnant sebab takut tak larat macam hari tu. Tapi kalau dah rezeki, redha. Hehe.

Dulu masa mula mula kahwin, ada jugak yang kata kata belakang cakap lepas ni mesti saya akan berhenti study. So sekarang mungkin mereka semua patut tarik balik apa yang mereka dah cakap. Memang dah kahwin, dah ada baby, tapi selagi ada rezeki, selagi ada jiwa, saya akan terus belajar selagi mampu. Walaupun ini anugerah yang terakhir, saya redha, yang penting saya belajar.

Tak dapat anugerah pun takpe, yang penting belajar dan terus belajar. InsyaAllah

Dah mesti tak larat baca panjang panjang kan. meh tengok gambar.:)























Maxis-Unisel

Alhamdulillah leganya. nak tarik nafas panjang panjang sangat dan lepas perlahan sambil bayangkan diri berada di atas deruan air terjun yang dingin dan kedengaran kicauan unggas unggas sambil menghirup udara nyaman yang berbau pohon pohon yang kehijauan. aah lega betul.:D

Okay bila dah tenang, kembali kan diri ke realiti dan cuba ingat balik perkara yang berlaku sepanjang blog tidak di hapdet untuk berkongsi kisah yang tak berapa menarik pun. heheh.

So minggu lepas, saya telah dipelawa kakak chantek untuk terlibat dalam projek maxis - unisel. Pendek cerita, Unisel bagi broadband maxis free untuk semua student so Maxis buat promo video dan kami ni jadi testimoni untuk dimasukkan dalam video tersebut.

Pengalaman menarik untuk saya dan nervous lah jugak mula mula. Lepas tu okay dah. :)

Jom tengok gambar.:D